Logo Suruhanjaya Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengarah syarikat didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam kerana mengemukakan pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berhubung butiran liabiliti dan aset dalam penyata hal ehwal syarikat.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata, tertuduh Tan Teik Huat @ Tan Tiak Huat yang didakwa mengikut Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 membuat pengakuan berkenaan pada 21 November lalu.

Sebelum itu, pada 27 Februari 2024, Tan sebagai pengarah syarikat TTH Global (M) Sdn Bhd didakwa di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 1965di Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Menurut SSM, berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu memberikan pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat berhubung butiran liabiliti dan aset dalam penyata hal ehwal syarikat.

“Setelah meneliti keterangan saksi sertabukti yang dikemukakan oleh pihakpendakwaan, mahkamah memutuskan semasa perbicaraan bahawa pihakpendakwaan telah berjaya membuktikan kesprima facie terhadap tertuduh,” jelas SSM.

Kemudian katanya, pada 30 Mei 2025, Hakim Norazlin Othman memerintahkan tertuduh untuk membela diri tetapi tertuduh memilih untuk mengaku bersalah.

Norazlin menjatuhkan hukuman berkenaan selepas pengakuan bersalah direkodkan.

“Tan kemudiannya menjelaskan bayaran denda sejurus selepas prosiding selesai,” kata SSM.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Abdul Hadi Abdul Muti dan Farieza Hazreen Salehuddin.

Manakala tertuduh diwakili peguam Shahlini Sree Kumar daripada Tetuan Collin’s Law Chambers.

Sehubungan itu, SSM mengingatkan orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat ataulaporan yang palsu atau mengelirukan.

“SSM sentiasa konsisten dalam usahamengawal selia pematuhan terhadapperuntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporatkekal peka terhadap tanggungjawab sertamengamalkan etika perniagaan yang berintegriti,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast