Penemuan objek misteri disyaki jatuh dari angkasa di kawasan pantai di Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan kelmarin

PEKAN – Penemuan objek misteri disyaki jatuh dari angkasa di kawasan pantai di Kampung Tanjung, Nenasi di sini kelmarin disiasat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan mendapati objek tersebut berukuran 4.26× 3.64 meter itu disahkan bebas daripada sebarang radiasi.

“Objek ini dibawa ke Balai Polis Nenasi, Pekan untuk disimpan sementara sebelum dibawa untuk proses siasatan selanjutnya ke Bahagian Penguasa Angkasa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Perancangan Dan Pembudayaan Sains).

Penemuan objek misteri disyaki jatuh dari angkasa di kawasan pantai di Kampung Tanjung, Nenasi, Pekan kelmarin

“Serpihan objek disyaki jatuh dari angkasa ke dalam laut dan dihanyutkan oleh arus air laut ke kawasan Pantai Nenasi, Pekan. Siasatan masih dijalankan oleh pihak berkenaan bagi mengenal pasti objek yang dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Pengadu merupakan pegawai MOSTI dari Kuala Lumpur yang menerima beberapa keeping gambar melalui orang awam sebelum bertindak pergi ke Pekan.

Menurut Mohd Zaidi, sebelum itu, pengadu bersama staf daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi dibantu oleh anggota daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia cawangan Pantai Timur, pegawai dari Agensi Angkasa Malaysia diiringi oleh dua anggota polis daripada Balai Polis Nenasi sampai di tempat objek ditemui.

Penemuan objek misteri disyaki jatuh dari angkasa di kawasan pantai di Kampung Tanjung, Nenasi Pekan, Pahang kelmarin

Setelah diuji dan diteliti oleh pegawai dari Jabatan Tenaga Atom Malaysia, objek tersebut adalah bebas drp sebarang radiasi. Pengadu dan anggota telah mengalihkan objek berkenaan daripada tempat ditemui ke Balai Polis Nenasi untuk simpanan sementara bagi tujuan keselamatan sebelum dibawa pulang untuk proses siasatan selanjutnya.

“Objek ini pada asalnya ditemui oleh penduduk pada 30 Disember 2025, jam lebih kurang 5 petang dan mereka kemudiannya telah merujuk perkara tersebut kepada MOSTI untuk siasatan lanjut,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast