Pemenang Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR – Pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh menyifatkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) sebagai peluang membawa pelancong dari serata dunia untuk menikmati dan merasai kepelbagaian negara.

Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Keselamatan Jalan Raya dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) itu, dalam masa yang sama berbesar hati dijemput menyaksika perasmian Festival I LITE U yang akan turut menjadi sebahagian langkah mempromosikan negara khususnya ibu kota.

“TMM2026 bukan saja mengenai pelancongan. Ia jemputan untuk merasai kepelbagaian, kehangatan, simfoni kulinari dan kemeriahan kesenian kita,” katanya.

Beliau berkata demimian pada Majlis Peluncuran Festival I LITE U yang berangsung di Bukit Bintang, malam ini.

Bagi Michelle, I LITE U memberikan simbolik kepada cahaya terhadap panduan dan harapan untuk masa depan yag cemerlang untuk Malaysia.

“Pertama, ia memandu dan menerangi jalan ke hadapan. Kedua, ia sebagai suar yang memberikan isyarat kepada yang lain. ‘Here we are’,” katanya.

Terdahulu, perasmian Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar, “| LITE U” disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi majlis gilang gemilang di Bukit Bintang.

Kawasan itu menjadi tumpuan ramai malam ini yang tidak mahu ketinggalan melihat sendiri majlis pelancaran.

I LITE U merangkumi empat komponen utama iaitu Pintu Gerbang (Gateway Lighting) sebagai mercu tanda ikonik, Arca Tahun Melawat Malaysia 2026 serta penaiktarafan lintasan pejalan kaki sedia ada dan baharu dengan pencahayaan yang lebih terang, selamat dan mesra pengguna.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast