Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – UMNO menangguhkan pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan tahun ini selepas Pilihan Raya Umum ke -16 (PRU-16).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mempunyai tempoh 18 bulan dari tarikh akhir pemilihan atau selepas pilihan raya umum, berdasarkan perkiraan mana yang lebih awal untuk membuat pemilihan parti.

Jelasnya, perkara itu sudah termaktub sesuai pindaan perlembagaan parti yang dibuat sebelum ini.

“Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan dari tarikh akhir pemilihan atau selepas pilihan raya, mana-mana yang datang dulu (untuk dibuat pemilihan parti),” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

UMNO sepatutnya mengadakan pemilihan bagi menentukan barisan kepimpinan baharu parti itu tahun ini, selepas pemilihan kali terakhir diadakan pada 2023.

Ketika itu, dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan susulan usul yang diluluskan pada PAU 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast