Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan seawal pusingan pertama kejohanan badminton Masters Indonesia 2026 yang berlangsung hari ini.

Pilihan utama kejohanan itu terpaksa berputih mata selepas tewas dalam pertarungan tiga set 22-20, 19-21, 16-21 di tangan gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kekalahan tersebut hadir selang beberapa hari selepas kedua-dua mereka kandas di separuh akhir Terbuka India.

Turut mengakhiri saingan pusingan pertama beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang tewas kepada pilihan keenam kejohanan dari Jepun Kaho Osawa-Mai Tanabe 19-21, 18-21. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast