isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan MCA merupakan liabiliti sebenar kepada Barisan Nasional (BN) bukan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, masyarakat Cina menolak BN disebabkan tingkah-laku MCA, bahkan parti itu juga sudah lama gagal menarik sokongan pengundi Cina terhadap BN.

Lebih memeritkan, kata beliau, apabila UMNO terpaksa menyerahkan kerusi majoriti Melayu kepada MCA seperti di Parlimen Ayer Hitam, yang menyebabkan ramai ahli UMNO marah.

Disebabkan itu juga, tambahnya, MCA kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani pada pilihan raya umum 2018, namun berjaya dirampas semula pada pilihan raya negeri (PRN) Johor melalui calon UMNO.

“PRU-16, Tan Teik Cheng kena desak Presiden MCA menyerahkan kerusi Ayer Hitam kepada UMNO. Pergilah lawan DAP di Kluang. Baru tahu siapa liabiliti,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Teik Cheng yang juga Naib Presiden MCA menyifatkan Ahmad Zahid sebagai liabiliti terbesar kepada BN selepas menarik balik kenyataan yang mendakwa wujud dua kem di dalam DAP.

Terdahulu, Ahmad Zahid menarik balik kenyataan yang dibuat beliau dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 itu selepas dinafikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast