KUALA LUMPUR – Bekas pemain elit kebangsaan Sharon Wee mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Presiden Persatuan Skuasy Melaka (MSA).

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Sharon merupakan wanita pertama memegang jawatan itu sejak penubuhan persatuan tersebut pada 1974.

Sharon berharap dapat menyumbang kepada pembangunan sukan skuasy dengan memanfaatkan pengalaman sebagai pemain peringkat negeri, elit kebangsaan dan bekas pemain nombor 18 dunia, selain latar belakangnya dalam bidang kejurulatihan, penyiaran, korporat serta penglibatan aktif dalam pentadbiran sukan.

“Saya berharap pelantikan ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai bekas atlet untuk kembali dan memainkan peranan dalam kepimpinan persatuan sukan, selain menggalakkan lebih ramai wanita berani tampil untuk memegang jawatan penting,” kata Sharon yang menggantikan Han Yong Chye, yang berkhidmat sebagai presiden sejak Disember 2024. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast