KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneruskan usaha menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, KPKT akan terus menjalankan sesi libat urus bersama penduduk setempat, ahli akademik, wakil rakyat serta pakar industri bagi memastikan setiap pandangan diambil kira.
“Tujuan RUU PSB ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan bandar yang daif dan usang, menjana semula sosioekonomi setempat, serta memastikan hak pemilik asal terjamin dalam proses pembaharuan semula bandar.
“Pihak kementerian akan terus meneliti setiap maklum balas yang diterima dan menambah baik RUU tersebut bagi memastikan hak pemilik asal dapat dijamin secara lebih menyeluruh,” katanya.
Setelah proses penambahbaikan dimuktamadkan, RUU PSB akan dibentangkan semula di Parlimen dengan format yg ditambah baik.
“KPKT kekal komited untuk memastikan RUU PSB yang bakal dibentangkan semula nanti menyokong agenda pembangunan semula bandar yang lebih selamat, terancang, mampan dan berdaya huni, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI,” kata beliau.





![IMG_1863[1]](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/09/IMG_18631-681x454.jpg)









