KUALA LUMPUR – Peminat komposer dan penyanyi terkenal, Malique Ibrahim memberi gambaran bakal jalin kolaborasi dengan
Yasin Sulaiman dan Zizi Kirana.
Menerusi hantaran terbaharu dimuat naik di media sosial, bintang hip hop yang sehingga kini tidak memunculkan diri itu seolah-menulis perkataan ‘Yang Tinggal’ pada helaian sebuah buku nota.
Dipercayai ia judul karya terbaharu mereka.
Pada helaian sama, Malique turut menulis namanya bersama kedua-dua penyanyi berkenaan selain mencatatkan tarikh Februari 2026, yang dipercayai sebagai sasaran pelancaran lagu itu.

Hantarannya itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat di ruangan komen gambar yang dimuat turunnya.
Sebelum ini, Malique pernah berkongsi foto Hospital Bahagia Hulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Selain itu, Zizi serta pengasas Icon Entertainment, Iman Tang turut memuat naik foto berkunjung ke hospital sama.
-MalaysiaGazette
















