KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau telah selamat menjalani pembedahan akibat mengalami darah beku di bahagian otak kirinya.
Presiden Konsortium Industri Rakaman Music Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid berkata, Shamsul menjalani pembedahan di Hospital Serdang.
Bagaimanapun menurutnya, Shamsul kini dalam keadaan stabil dan berada dalam keadaan baik.
Maklumat itu diberitahu oleh anak Shamsul sendiri kepadanya.
Shamsul merupakan pelawak terkenal sejak 1990-an dan kemudian menjadi pengacara dan pelakon dalam industri seni tanah air.
Beliau juga aktif dalam kegiatan dakwah. – MalaysiaGazette
















