fb Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR  – Skuad futsal negara tewas 0-7 kepada Afghanistan pada aksi kedua Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026 di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, hari ini.

Afghanistan mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi jaringan Seyed Hossein Mousavi, Farzad Mahmoodi, Sayed Mojtaba Husseini dan Mohammad Moradi.

Babak kedua menyaksikan Reza Hossein Poor, Javed Safari dan Omid Qanbari menutup kemenangan besar pasukan lawan.

Kekalahan itu mengekalkan Malaysia di tangga tercorot tanpa mata, manakala Afghanistan kini mendahului kumpulan dengan enam mata, diikuti Iran yang turut mengumpul enam mata namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan.

Skuad negara bimbingan Addie Azwan Zainal sebelum ini tewas 1-4 kepada Iran dan akan menamatkan saingan kumpulan menentang Arab Saudi, Ahad ini.

Untuk rekod, skuad futsal Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke dua edisi Piala Asia Futsal sebelum ini, iaitu di Kuwait pada 2022 dan Thailand pada 2024.

Dalam 12 penampilan sejak 1999, Malaysia hanya beraksi di peringkat kumpulan dan masih belum pernah mara ke suku akhir.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast