KUALA LUMPUR – Inspektor Sheila ditahan di Batu Caves semalam selepas mencetuskan bertengkar dan mencetuskan pertengkaran dengan peniaga.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail selepas menghadiri program Community Policing di Batu Caves hari ini.
Menurutnya, tangkapan dibuat oleh anggota polis yang bertugas sekitar Kawasan berkenaan sempena perayaan Thaipusam.
“Seorang wanita yang kita kenali sebagai Sheila telah kita tangkap semalam kerana berlaku sedikit perkara di luar jangka yang boleh menimbulkan kekecohan.
“Antaranya berlaku pertengkaran dengan peniaga-peniaga di sini. Kita percaya ia boleh menimbulkan kekecohan, jadi kita ambil tindakan,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Jelas beliau, penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, wanita tersebut sebelum ini bertugas dengan pasukan polis, namun mempunyai beberapa isu melibatkan kesihatan.
Terdahulu, tular video di TikTok menunjukkan Sheila dalam keadaan tangan digari ke belakang.- MalaysiaGazette
















