Asisten Komisioner Shamsudin Mamat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dalam keadaan mabuk masuk ke dalam kedai serbaneka di Petaling Jaya semalam bertindak mengganggu pekerja premis sehingga mencetuskan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan daripada pekerja premis itu.

“Pihak polis juga turut mengesan satu video berkaitan inside tersebut yang tular di media sosial,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di Bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Permohonan arahan meneruskan siasatan akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut,” jelasnya.

Menurut beliau, suspek dan saksi kejadian akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Shamsudin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan mencetuskan spekulasi di media sosial mengenai kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast