Rozi (dua kiri) dan Mas Imran (dua kanan) melancarkan melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Sumatera Utara dan Misi Kemanusiaan ke Acheh 2.0. di di Pasaraya Econsave Taman Teratai, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Johor dengan kerjasama Pasaraya Econsave hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Sumatera Utara dan Misi Kemanusiaan ke Aceh 2.0.

Pelancaran kempen kutipan tabung berkenaan disempurnakan di Pasaraya Econsave Taman Teratai di sini sebagai persediaan misi bantuan mangsa banjir di Aceh, Indonesia.

Misi kedua MyCARE dan Econsave itu dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 20 Februari ini sempena Ramadan dalam membantu membantu semula kehidupan mereka.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, tabung itu dilancarkan susulan banjir besar yang melanda baru-baru ini dan kesannya masih menjejaskan kehidupan penduduk di Sumatera Utara dan Aceh.

Jelas beliau, kesan bencana dijangka berpanjangan kerana kemusnahan yang dialami sangat dahsyat dan mangsa banjir masih menderita sehingga kini.

“Kita tahu bahawa keadaan di Sumatera Utara termasuk Aceh masih lagi dalam keadaan yang sangat susah, sangat dahsyat banjir yang mereka alami.

“Kemungkinan ia akan berlangsung mungkin satu atau dua tahun. Jadi kita merancang selepas misi 1.0 pada Disember lalu, kita akan teruskan dengan misi 2.0.

“Ini akan kita lakukan pada Februari ini dan kita akan teruskan dengan misi-misi yang lain 3.0 dan seterusnya, Insya-Allah,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Rozi berkata, misi kedua itu pihaknya aka mengedarkan food pack dan makanan panas selain menyerahkan Rumah Senyum kepada mangsa banjir terutama yang hilang tempat tinggal akibat rumah dihayutkan banjir.

Jelas beliau, pada kali ini pihaknya akan menyerahkan tiga rumah dahulu selepas 80 peratus rumah contohnya di Desa Geudumbak, Aceh Utara hanyut dalam banjir.

“Pada program ini juga kita akan berbuka puasa dengan penduduk kampung dan kita akan buat free market untuk membantu mangsa-mansa banjir banjir,” katanya.

Pihaknya menyasarkan kutipan RM500,000 bermula hari ini hingga Disember nanti, bagi memastikan bantuan berterusan dapat disalurkan kepada mangsa bencana.

Misi Kemanusiaan Sumatera 2025 iaitu misi bantuan pertama diadakan pada 18 hingga 24 Disember lalu dalam usaha memberi pelbagai bantuan kepada mangsa banjir terutama di Sumatera dan Aceh.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast