Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diiringi Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika hadir pada Majlis Libat Urus dan Amanat 2026 Menteri Dalam Negeri bersama Warga AKPS di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 03 FEBRUARI 2026

PUTRAJAYA – Perjawatan 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perjawatan tersebut bakal membantu dari agensi berkenaan berdasarkan pengalaman dalam ATM.

“Mereka ini dalam kalangan bekas Tentera Udara Malaysia (TUDM), bekas  TLDM. Sasaran umur adalah yang masih bertenaga sebab tentera minimum pencen umur 38 tahun,” katanya ketika sidang media di Majlis Libat Urus dan Amanat 2026 di Setia Perkasa hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, agensi itu akan memulakan pengambilan 220 veteran ATM.

Pengambilan akan dimulakan secara berperingkat mulai Januari lalu, katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Shuhaily akan melaksanakan urusan unit intipan atau risikan dalam agensi tersebut yang dilihat akan membantu prosedur siasatan.

“Kami akan kekal mendukung kerana ini penting sebab maklumat tak datang bergolek kita kena ingat itu ya. Kita kena susun strategi kita kena ada perancangan yang jelas dan peri pentingnya ketepatan maklumat itu akan membantu kejayaan satu-satu operasi,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast