Logo Jabatan penjara Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan media mengenai operasi yang dijalankan di Penjara Bintulu melibatkan beberapa pegawai penjara.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan rasuah yang melibatkan mana-mana pegawainya serta menegaskan komitmen untuk membantu sepenuhnya siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Menurutnya, jabatan berkenaan menghormati proses siasatan dan akan melaksanakan tindakan lanjut di peringkat jabatan berdasarkan hasil siasatan serta peruntukan perundangan yang berkaitan.

“Jabatan Penjara Malaysia kekal komited untuk mengekalkan tahap integriti, profesionalisme dan tadbir urus yang tinggi dalam perkhidmatan serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan yang sedang berlangsung. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast