KUALA LUMPUR – Remaja perempuan berumur 14 tahun enam bulan dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya pada 5.30 pagi semalam di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ibrahim Husin berkata, laporan kehilangan Nur Raihan Irdina Muhammad Ridzuan dibuat oleh ibu remaja tersebut.
“Remaja ini kali terakhir dilihat oleh ibunya memakai baju- T berlengan panjang warna putih dan seluar trek hitam.
“Orang hilang ini berambut panjang serta berkulit cerah anggaran ketinggian lebih kurang 148 sentimeter” katanya menerusi kenyataan.
Menurut beliau, sehingga kini pihak polis masih mengesan dan mencari remaja tersebut.
“Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat diseru tampil membantu siasatan engan menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Sugu A/L Davaraju adi talian 03-60641222 atau mana-mana balai berhampiran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















