Mohd Puad Zarkashi.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya rumah ibadat haram tanpa mengira agama sekalipun dirobohkan.

Malah, beliau turut menyarankan supaya operasi perobohan itu dijalankan di seluruh negara, sekali gus menamatkan polemik berkaitan isu terbabit.

Menurutnya, negara tidak sepatutnya dibebankan dengan polemik, kontroversi dan pertikaian berkenaan isu itu yang boleh memanaskan hubungan antara kaum.

“Pihak penguat kuasa mesti berani. Bawa polis masa operasi perobohan. Tahan mereka yang cuba menghalang.

“Pihak NGO dan parti politik jangan ambil kesempatan. Jadi parti politik bermaruah. Hormati undang-undang. Jangan jadi pembela bermusim,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak membersihkan kawasan yang bukan hak kuil supaya polemik berhubung pembinaan rumah ibadat tidak mengikut peraturan diselesaikan dengan baik.

Anwar menegaskan, kedaulatan undang-undang negara ini perlu dihormati rakyat walaupun sedar keputusan itu bakal mengundang kontroversi.

Menurut beliau, isu rumah ibadat itu perlu diselesaikan secara baik dan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berhemah serta mengikut undang-undang bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast