Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap pada sidang media di Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 FEBRUARi 2026.

KUALA LUMPUR – Seramai 15 lagi individu kini menjadi buruan polis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli ‘Kapten Praba’, susulan beberapa tangkapan telah dibuat sebelum ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu terlibat dan siasatan sedang giat dilakukan dengan bantuan dan kejasama negara-negara lain.

“Kita sedia maklum tangkapan telah dibuat dan kita mengesan beberapa individu yang berkaitan. Kita juga dapat bantuan daripada negara-negara sahabat dan siasatan masih lagi diteruskan bagi kes-kes berkaitan.

“Alhamdulillah, nampaknya semakin baik hasil yang kita peroleh dan kita masih lagi memburu 15 individu yang dipercayai terlibat,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, tiga penjenayah terbabit berusia dalam lingkungan 30-an yang ditahan oleh pasukan keselamatan di CSMIA sebaik tiba ddi Mumbai, India, pada Ahad lalu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilapor berkata, polis mengesahkan tiga suspek yang dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang berjaya ditangkap dalam Ops Jack Sparrow oleh JSJ, Bukit Aman.

Mereka bertindak ganas selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchester, yang sudah dimaklumkan mengenai status tiga lelaki itu sebagai ‘penjenayah berprofil tinggi’, menolak kemasukan mereka.

Susulan itu, seorang lagi ahli ‘Kapten Praba’ yang dipercayai berhasrat menjadikan Thailand sebagai lokasi persembunyian gagal apabila ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan, suspek yang menaiki penerbangan dari India ke Thailand itu ditahan dengan kerjasama pihak Interpol ketika mahu memasuki negara berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menumpaskan kumpulan jenayah terancang yang aktif melakukan kekerasan, pembunuhan dan samun dengan penahanan 17 orang menerusi Op Jack Sparrow.

Kumpulan didalangi seorang lelaki warga tempatan itu turut dikesan merekrut remaja demi mengejar pengaruh kuasa dan keuntungan dengan 80 kes jenayah dilakukan mereka setakat ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, kumpulan itu ditumpaskan menerusi beberapa siri serbuan dan tangkapan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak 11 September lalu.

Katanya, 17 suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun ditahan selepas dipercayai menjadi sebahagian daripada kira-kira 30 ahli kumpulan diketuai seorang lelaki tempatan yang aktif sejak 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast