bazar ramadan Perak warga asing
Orang ramai diminta memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 596 kes baharu penyakit tibi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 3,161 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, Sabah mencatat kes paling banyak iaitu 755 diikuti Selangor, 596 dan Sarawak 332.

Manakala Johor (280); Kuala Lumpur dan Putrajaya (244); Kedah (181); Pulau Pinang (172); Perak (154) dan Kelantan (121).

Sementara itu, Pahang (103); Terengganu (74); Negeri Sembilan (62); Melaka (48); Perlis (21); Labuan (18),” katanya menerusi kenyataan.

KKM menegaskan, bulan Ramadan bukan punca berlakunya penularan penyakit berkenaan.

Sebaliknya, peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat.

“Risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, khususnya jika terdapat individu dengan tibi aktif yang belum menjalani rawatan.

“Namun, risiko sebenar bergantung kepada beberapa faktor termasuk tempoh pendedahan, keadaan pengudaraan dan tahap kesihatan individu terlibat,” tambahnya.

Sehubungan itu, KKM menggalakkan orang ramai mengamalkan etika batuk dan bersin secara betul selain memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup.

“Memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat yang sesak.

“Mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala lain yang berkaitan,” jelasnya.- Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast