Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak secara agresif serta melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pemandu ketika dalam perjalanan pulang rumah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki berkenaan ditahan pada 10 Febuari lalu selepas kejadian yang berpunca daripada salah faham lalu lintas itu berlaku pada 11 September tahun lalu.

Katanya, semakan rekod mendapati suspek berusia lewat 30-an itu mempunyai 10 rekod lampau.

“Reman terhadap suspek telah dibenarkan selama 2 hari bermula 11 Febuari hingga 12 Febuari dan kemudiannya telah diberi jamin polis,” katanya menerusi kenyataan.

Ketika kejadian pengadu sedang memandu kenderaannya bersama keluarga dari SMK Seri Bintang Selatan menuju pulang ke rumahnya.

Kemudian, sebuah kenderaan tidak dikenali yang dipandu suspek secara tiba-tiba memotong kenderaan pengadu serta  memberhentikan kenderaan tersebut secara mengejut.

“Pengadu bersama isterinya telah bertanyakan secara baik kepada suspek namun dia telah bertindak secara agresif serta melakukan ugutan jenayah kepada pengadu.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast