SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh senarai nama pegawai dan anggota agensi penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket Tonto.

Menurut sumber, seramai 10 individu direman hari ini disyaki mendalangi kartel  Tonto yang berkaitan dengan aktiviti rasuah bagi melindungi pemilik-pemilik lori yang  beroperasi di seluruh Semenanjung.

“Hasil soal siasat ke atas suspek-supek utama, mereka mendedahkan kegiatan itu melibatkan anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi.

“Siasatan awal mendapati dalang utama sindiket memberi rasuah bulanan antara RM1,600 ke RM2,500 kepada seorang anggota penguat kuasa yang terlibat.

“Ia bagi mengaburi mata pihak berkuasa dalam mengambil tindakan tegas ke atas kenderaan-kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah sumber, sindiket itu juga akan mengawal pergerakan lori-lori perdagangan dari Selatan hingga ke Utara dan Pantai Timur.

“Modus operandi sindiket ini adalah memasukkan wang rasuah ke dalam akaun kaldai individu tertentu dan kad mesin ATM diberikan kepada anggota penguat kuasa yang terlibat bagi mengelakkan daripada dikesan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Op Middleman SPRM tumpaskan sindiket tonto terbesar di Lembah Klang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast