Bartosch Gaul bersama pemain Sho Sasaki pada sidang akhbar menjelang aksi pertama pusingan 16 ACLE menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Sanfrecce Hiroshima, Bartosch Gaul bertekad untuk memburu kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Gaul berkata, kemenangan itu akan memberi kelebihan buat La Viola pada aksi timbal balik di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada 11 Mac ini.

Katanya, pemain perlu memberi fokus sepanjang perlawanan selain perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini.

“Dalam perlawanan pertama ini, saya tak fikir untuk memburu seri, bagi saya kemenangan adalah lebih penting setelah ia memberi kelebihan buat kami pada aksi kedua di laman sendiri nanti.

“Kami sudah merancana perancangan yang utuh untuk berdepan JDT, harapnya permain dapat terjemahkannya dengan baik bagi menjayakan misi kami,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan ACLE menentang JDT.

Untuk record, Sanfrecce Hiroshima pernah mengalahkan JDT 2-1 dalam saingan peringkat Kumpulan Zon Timur ACLE, pada 10 Februari lalu, Akito Suzuki muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol.

Bagaimanapun, Gaul akui untuk mengulangi kemenangan itu bukanlah mudah setelah Harimau Selatan mempunyai skuad yang kualiti dan memberi kesukaran buat pasukannya.

Katanya, keputusan perlawanan lalu juga tidak seharusnya dijadikan ukuran setelah JDT bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-15 setelah pemain pertahanan, Jonathan Da Silva dilayangkan kad merah.

“JDT merupakan lawan yang sukar kerana mereka gemar bermain ‘high pressing’ dan berjaya mendapat gol awal dalam perlawanan terdahulu. Jadi kami jangkakan satu pertembungan yang sengit pada malam esok.

“Bagaimanapun, kami berada di prestasi terbaik ketika ini setelah semua pemain bersiap sedia diturunkan. Harapnya pemain dapat melakukan tugas yang baik pada perlawanan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, kapten, Sho Sasaki yang kembali menyertai pasukan merasa tidak sabar untuk berdepan JDT bagi membantu pasukan untuk memburu kemenangan.

“Untuk perlawanan esok, kami hanya perlu fokus pada pasukan kami sendiri dan cuba sebaik mungkin untuk menyerap tekanan apabila bermain di stadium yang berkapasiti penuh esok,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast