Suspek dikatakan sering mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah sekiranya permintaannya tidak ditunaikan - Foto IPD Tawau

KUALA LUMPUR – Berang permintaan tidak ditunaikan, seorang lelaki bertindak agresif memecahkan cermin kereta milik bapanya di Kampung Durian, Merotai Besar, Tawau, Sabah semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu dicekup di hadapan rumahnya selepas menerima laporan daripada kakak suspek sendiri.

“Pihak polis menerima laporan kira-kira 9.17 pagi. Dalam insiden kira-kira 7 pagi itu, suspek dipercayai bertindak agresif tanpa sebab sebelum merosakkan kenderaan milik bapanya di yang diletakkan di kawasan rumahnya.

Kereta bapa suspek

“Menurutnya, mangsa kemudian memaklumkan adiknya sering mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah sekiranya permintaannya tidak ditunaikan di rumah selain kerap meminta wang serta meminjam motosikal,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil maklumat tersebut, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi sebelum menahan suspek kira-kira  11.20 pagi hari sama di hadapan rumah suspek di Merotai Besar, Tawau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan merosakkan harta benda dan siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast