Neymar. Foto Skysports.

RIO DE JANEIRO –  Neymar sah tidak dipanggil menyertai skuad bagi dua aksi persahabatan hujung bulan ini sebaliknya pemain muda Endrick kembali dipilih.

Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti berkata, keputusannya tidak memanggil bintang Santos itu kerana dia belum 100 peratus cergas.

Pemain berusia 34 tahun itu akan terlepas aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia menentang Perancis di Boston pada 27 Mac dan Croatia di Orlando empat hari kemudian.

Brazil akan memulakan kempen memburu kejuaraan Piala Dunia keenam, yang pertama sejak 2002, dengan menentang Maghribi di New Jersey pada 13 Jun sebelum turut berdepan Haiti dan Scotland dalam Kumpulan C.

Sementara itu, Endrick, 19, kali terakhir membuat penampilan antarabangsa daripada keseluruhan 14 aksi setahun lalu.

Namun dia kembali dipanggil susulan prestasi memberangsangkan sejak menyertai Lyon secara pinjaman dari Real Madrid.

Ancelotti sebelum ini membawa Endrick ke Santiago Bernabeu dari Palmeiras pada 2024.

Pengendali dari Itali itu turut menyenaraikan dua pemain tanpa penampilan antarabangsa iaitu penyerang Brentford, Igor Thiago dan pemain muda Bournemouth, Rayan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast