Foto FB Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak cadangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani masalah kenaikan harga petrol dan diesel oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Sebaliknya, bekas Ketua Penerangan UMNO itu menyindir Ahmad yang juga MKT parti itu agar terlebih dahulu menggunakan kereta elektrik dan menaiki basikal seperti yang dicadangkan oleh pemimpin tersebut.

“Solusi menteri UMDAP Mantap untuk tangani kenaikan harga minyak: Kau pergi guna kereta elektrik dan naik basikal. Takda function,” tulis di Facebook miliknya di sini.

Semalam Ahmad di Facebook miliknya memberi cadangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani masalah kenaikan harga petrol dan diesel yang  boleh difikirkan.

“Banyakkan pengeluaran, jual & guna kenderaan elektrik – kereta letrik, motorsikal letrik, bas letrik dll.

“Hebatkan usaha kajian & bina kilang biodiesel drpd kelapa sawit utk kegunaan yang banyak.

“Beri insentif kpd “carpooling” iaitu berkongsi kenderaan ke tempat kerja.
“Galakkan penggunaan pengangkutan awam daripada mengguna kenderaan sendiri.
“Basikal adalah kaedah yang sihat utk ke tempat yang dekat.
“Cari laluan import & export minyak yang tidak melalui kawasan sensitif & kemungkinan berlaku perang.
“Terus & tingkatkan berdagang dengan pelbagai negara yang boleh menguntungkan rakyat Malaysia,” tulisnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast