Tangkap layar rakaman CCTV kejadian tetak di kedai makan di Bera

KUANTAN – Empat suspek diburu polis kerana disyaki terbabit kes tetak seorang lelaki menggunakan parang sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, Kejadian dilaporkan berlaku di kedai minum Ming Wang Kopitiam di Triang, Bera kira-kira jam 9.16 malam pada 29 Mac lepas.

“Kesemua suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dengan menaiki sebuah kereta.

“Mangsa berusia 35 tahun yang cedera pada awalnya dibawa ke Hospital Bera untuk menerima rawatan, namun telah dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana cedera parah.

“Mangsa masih belum sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkiflee, keempat-empat suspek berusia lingkungan umur 27 hingg 39 tahun telah dikenalpasti dan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Empat suspek kes tetak di Bera diseru tampil ke IPD Bera untuk bantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan meminta keempat-empat suspek untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera atau mana-mana balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi bin Ishak di talian (014-2250306) atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Bera (09-250 8222),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast