Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pakej Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India (MUDRA) melibatkan peruntukan sebanyak RM220 juta bagi.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memperkukuh ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi milik masyarakat India di Malaysia.

Katanya, peruntukan tahun ini menyaksikan peningkatan RM60 juta berbanding lebih kurang RM160 juta yang telah disalurkan pada 2025 kepada PMKS dalam kalangan masyarakat India.

“Peningkatan ini turut mengambil kira sambutan positif yang diterima terhadap skim pembiayaan di bawah KUSKOP sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, inisiatif MUDRA akan dilaksanakan menerusi lima agensi di bawah KUSKOP iaitu TEKUN Nasional (RM120 juta); Bank Rakyat (RM15 juta); SME Bank (RM50 juta); Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM27 juta dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) RM11 juta.

Jelasnya, sehingga 31 Mac inisiatif tersebut menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan apabila RM33.48 juta dana telah diluluskan, yang mana ia telah memberi manfaat langsung kepada 1,805 usahawan masyarakat India seluruh negara.

“MUDRA bukan sekadar bantuan kewangan jangka pendek, malah merupakan langkah strategik untuk meningkatkan daya saing PMKS masyarakat India dalam memastikan kelangsungan operasi perniagaan menghadapi ketidaktentuan tenaga global,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast