Gambar : Bersatu Pahang Official

KUANTAN – Mohd Yazid Mohd Yunus dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang yang baharu.

Watikah perlantikan Mohd Yazid, 50 yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar disampaikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook Bersatu Pahang Official hari ini yang turut memuatnaik gambar penyerahan watikah pelantikan itu.

“Tahniah diucapkan kepada Mohd Yazid Mohd Yunus atas pelantikan sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Pahang,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua BPN BERSATU Pahang, Datuk Jasri Jamaludin serta Setiausaha Kerja BERSATU Malaysia, Datuk Kapten (B) Suhaimi Sulaiman.

MalaysiaGazette ketika ini masih belum dapat menghubungi Mohd Yazid untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pelantikan tersebut.

Sebagai rekod, Mohd Yazid menggantikan Datuk Abdul Khalib Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Bersatu Pahang pada 16 April lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast