Gambar hiasan. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memaklumkan bahawa kapal komersial ke-42 yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran telah diubah haluan, sambil menambah bahawa 41 kapal tangki minyak yang membawa gabungan 69 juta tong masih tidak dapat mengakses pelabuhan Iran kerana sekatan AS yang berterusan.

Komander CENTCOM Laksamana Brad Cooper berkata dalam satu kenyataan, tentera AS baru-baru ini mengarahkan kapal komersial ke-42 yang “cuba melanggar sekatan”, menyifatkannya sebagai “pencapaian penting”, lapor Anadolu Ajansi.

“Sekarang ini, terdapat 41 kapal tangki dengan 69 juta tong minyak yang tidak boleh dijual oleh rejim Iran. Itu dianggarkan lebih AS$6 bilion iaitu kepimpinan Iran tidak boleh mendapat manfaat dari segi kewangan,” katanya.

Sejak 13 April, AS telah menguatkuasakan sekatan tentera laut yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz sebagai tindak balas kepada sekatan Iran terhadap laluan perkapalan itu.

Iran dilaporkan telah mencadangkan pembukaan semula Selat Hormuz sambil menangguhkan perbincangan mengenai program nuklearnya untuk rundingan kemudian. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast