Na'im Brundage

KUALA LUMPUR – ARMADA BERSATU Malaysia mendesak Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan segera berhubung status pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang dikaitkan dengan kes sitaan wang tunai berjumlah RM169 juta.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharunya, Na’im Brundage berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan penerimaan laporan penuh siasatan kes ini pada September 2025.

Bagaimanapun menurut beliau, sehingga kini, selepas hampir sembilan bulan, masih tiada sebarang keputusan atau perkembangan berhubung tindakan pendakwaan dimaklumkan kepada rakyat.

https://malaysiagazette.com/2025/06/25/siasatan-kes-ismail-sabri-selesai-sprm-fail-permohonan-lucut-hak-rm170j-wang-sitaan/

“Umum mengetahui bahawa pada 20 Februari 2025, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita dana tersebut, yang kemudiannya diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia selaras dengan Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kelewatan dalam membuat keputusan terhadap siasatan yang telah lengkap hanya akan menimbulkan persepsi negatif terhadap proses keadilan negara, khususnya apabila melibatkan tokoh berprofil tinggi.

Kelewatan itu juga berisiko menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti sistem perundangan serta keberkesanan sistem keadilan negara.

“Sehubungan itu, kami menuntut ketegasan dan ketelusan daripada Peguam Negara agar keputusan segera dibuat dan dimaklumkan kepada rakyat, demi memastikan kedaulatan undang-undang terus terpelihara dan keyakinan rakyat terhadap institusi keadilan tidak terus terhakis,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast