KUALA LUMPUR – Happy Grains, jenama makanan kesihatan mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) yang inovasi bagi memenuhi permintaan pasaran bagi menghasilkan produk yang mengimbangi nutrisi saintifik dengan rasa enak.
Pengasasnya, Dr. Goh Kiam Seng berkata, pihaknya menyasar untuk membantu pengguna moden yang sibuk menerusi keperluan nutrisi harian mereka dengan menjadikan kesihatan sebagai sebahagian semula jadi dalam kehidupan seharian.
Menurut beliau, inovasi berterusan itu membolehkan produk yang dihasilkan bukan sahaja berasaskan sains pemakanan tetapi turut memenuhi cita rasa pengguna.
“Kami terus menawarkan rangkaian produk yang kaya dengan 46 nutrien penting dan komponen di-peptida bagi menyokong kesejahteraan pengguna dalam nemberikan sokongan nutrisi yang pelbagai bagi membantu pengguna mengamalkan gaya hidup sihat.
“Melalui komitmen bertahun-tahun terhadap kualiti dan inovasi, Happy Grains telah meningkatkan nilai produk dan pengaruh jenamanya secara konsisten, memenangi kepercayaan dan kasih sayang pengguna secara meluas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dr Goh menambah, pendekatan Happy Grains berpaksikan kepada kepercayaan bahawa kesihatan tidak seharusnya menjadi keistimewaan golongan tertentu, sebaliknya perlu dijadikan amalan harian yang mudah untuk semua.
“Dengan slogan ‘Dari Secawan Ke Setiap Rumah: Membawa Kesihatan Kepada Keluarga’, kami percaya walaupun bijirin ini kecil, ia mengandungi khasiat nutrisi dan manfaat kesihatan yang besar.
“Happy Grains menyasarkan untuk membantu pengguna moden yang sibuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka melalui setiap cawan, sekali gus menjadikan kesihatan sebagai sebahagian semula jadi dalam kehidupan seharian,” katanya.
Sementara itu, pencapaian jenama tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila Happy Grains dicatatkan oleh The Asia Records sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris bagi tahun 2025.
Menurut Dr Goh, pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kedudukan Happy Grains sebagai antara peneraju dalam segmen bijirin sihat, selain mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui produk padat nutrien. – MalaysiaGazette















