etua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar.

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia akan menggerakkan laporan polis secara besar-besaran terhadap beberapa pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri susulan dakwaan penderhakaan terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu cadangan penternakan ladang babi di negeri itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nadzir Helmi berkata, pihaknya mendakwa masih terdapat pemimpin DAP dan Kerajaan Madani yang terus mempertahankan cadangan pembinaan ladang ternakan babi meskipun titah Sultan Selangor berhubung perkara itu telah diperjelaskan beberapa kali.

Menurut beliau, tempoh yang diberikan untuk pihak terlibat memohon maaf juga didakwa sudah berakhir.

“Pemuda Pas Malaysia akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda Pas di seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Menteri Komunikasi termasuk ADUN Seri Kembangan atas penderhakaan mereka terhadap titah DYMM Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan, Pemuda Pas tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang didakwa cuba menggugat, memperlekeh atau mencemarkan kemuliaan institusi diraja demi kepentingan politik.

Terdahulu, isu berkaitan cadangan penternakan ladang babi di Selangor terus menjadi polemik melibatkan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik dan institusi diraja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast