Empat daripada 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang hilang selepas bot membawa mereka karam di perairan Pulau Pangkor kelmarin, disahkan maut.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, 10 lagi mangsa masih hilang.















