JOHOR BAHRU – Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dilantik semula sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.
Setiausaha BPN Bersatu Johor, Samsudin Ismail berkata, pihaknya mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada Dr Sahruddin atas pelantikan tersebut.
“Semoga amanah dan tanggungjawab besar ini dapat digalas dengan penuh hikmah, ketegasan serta semangat kebersamaan demi memperkukuhkan perjuangan dan kesatuan safPN di Johor.
“Dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dimiliki, diharapkan Johor akan terus bergerak maju, tersusun dan lebih diyakini rakyat dalam mendepani cabaran politik serta ekonomi semasa.
“Selamat menjalankan tugas dan terus memimpin demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 30 Disember lalu, Dr Sahruddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor dan memaklumkan tindakan itu dibuat susulan peletakan jawatan Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette
















