JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan awal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini sempena Konvensyen Pakatan Harapan 2026.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tiba di lokasi konvensyen pada pukul 12.10 tengah hari sambil diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau kemudian terus mengambil tempat di kawasan tempat duduk delegasi ketika kartunis, Zunar sedang memberikan ucapan di hadapan kira-kira 6,000 ahli parti komponen PH.

Turut mengiringi beliau mendengar ucapan tersebut, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Mengikut aturcara, Anwar dijadualkan berucap menyampaikan amanat Pengerusi PH pada pukul 2.45 petang.- MalaysiaGazette
















