JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima dana asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya yakin sudah ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Saya percaya ada. Tapi saya tak boleh sahkan tapi boleh tanya pihak polis tentang laporan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar semasa Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan sebuah syarikat tempatan dan beberapa individu menerima dana asing untuk menjalankan aktiviti politik yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara.

Ketuanya, Kamil Abdul Munim, mendakwa dana itu untuk menggerakkan propaganda politik, termasuk operasi media sosial serta mobilisasi protes jalanan bagi mewujudkan sentimen antikerajaan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia.

“Mana-mana gerakan yang menerima dan menyalahgunakan pembiayaan luar untuk mencatur naratif politik domestik secara tersusun perlu disiasat secara menyeluruh dan telus tanpa kompromi,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast