KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua lebih 100 aktivis yang ditahan termasuk 16 dari negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menyatakan tindakan terbaharu rejim zionis memintas flotila kemanusiaan Gaza itu adalah satu perbuatan biadap.

Katanya, tindakan kurang ajar rejim zionis terhadap terhadap misi bantuan kemanusiaan itu bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan Israel dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin

“Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan. Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/05/18/gsf-2-0-lapan-rakyat-malaysia-ditahan-tentera-israel/

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan, lima kapal dinaiki lapan rakyat Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

Aktivis Malaysia yang terlibat adalah Zainal Rashid Ahmad yang menaiki kapal Amanda; serta Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Nor Zahari yang menaiki kapal Cactus.

Turut ditahan S Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Syakirin Muhamed Senin yang menaiki Furleto serta Muhamad Muhsin Zaidi  yang menaiki kapal Isobella dan Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (Josef).

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, semua rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel itu bermula jam 3 hingga 6 petang waktu Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast