Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut akibat tersepit di bawah jengkaut berat di laluan dari Shah Alam menghala ke simpang empat kilang gula berhampiran Management and Science University (MSU) dekat sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 12.06 tengah malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15 telah melanggar sebuah jengkaut. Mangsa melibatkan seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 20 tahun iaitu penunggang motosikal ditemui tersepit di bawah jengkaut tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Katanya, anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, operasi membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dengan sebuah jentera Fire
Rescue Tender (FRT) Sitrak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast