Lawrence anak Apino

KULAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang hilang dipercayai ketika menjerat ayam di kawasan hutan Taman Putri Kulai di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kehilangan lelaki tersebut dilaporkan adik iparnya pada Selasa lalu selepas tidak pulang ke rumah.

“Lawrence anak Apino yang berusia 27 tahun beralamat No 5868, Tingkat 3, Blok Cengal, Jalan Sri Putri, Kulai dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah.

“Sehingga laporan polis dibuat, masih belum pulang ke rumah dan gagal dikesan. Pengadu telah berusaha mencari dan mengesannya di merata tempat namun gagal dan menemui jalan buntu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengadu kini bimbang akan keselamatan adik iparnya.

Jelasnya, tinggi adik iparnya 169 sentimeter, berat 60 kilogram, muka runcing, hidung kemak/mangga, mata sepet, rambut pendek hitam, berkulit kuning langsat dan bertatoo di kedua belah tangan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Lailatulhilaliah Mohammad Ramli menerusi talian 012-9642245 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai 07-6632222.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast