JPJ mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, jumlah tersebut selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 17,236 kenderaan dalam operasi kelmarin dan semalam.

Beliau berkata, motosikal mencatatkan angka tertinggi iaitu 513 kes, diikuti kereta (456 kes), kenderaan barangan berat 7,500 kilogram (183 kes), kenderanan lain (37 kes) dan bas (16 kes).

“Kesalahan direkodkan semuanya berjumlah 1,987 kes. Kesalahan paling tinggi dikesan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (402 kes), diikuti tiada Lesen memandu kompeten (CDL) (410 kes).

“Kesalahan tiada insurans (342 kes) dan tiada Lesen Vokasional (28 kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat sembilan kesalahan utama (145 kes) iaitu pecahannya kesalahan babit tali pinggang keledar (51 kes), tidak pakai topi keledar (36 kes), membawa lebih muatan (18 kes), muatan bahaya (9 kes) dan menggunakan lorong kecemasan (8 kes).

Selain itu katanya, kesalahan tidak patuhi lampu isyarat merah (7 kes), memotong barisan secara bahaya (7 kes), menggunakan telefon bimbit (6 kes) dan memotong di garisan berkembar (3 kes).

Pelbagai kesalahan direkodkan JPJ dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026.

Beliau memberitahu, bagi kesalahan teknikal (393 kes) dengan pecahan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi (169 kes), cermin gelap (23 kes), gagal selenggara tayar (13 kes), ubah suai kenderaan (11 kes) dan kesalahan teknikal lain (177 kes).

Katanya, sepanjang tempoh dua hari operasi tersebut sebanyak 1,987 Notis P(22) dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, operasi tersebut akan diteruskan sehingga 31 Mei ini bagi memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat.

“Pelaksanaan operasi ini bertujuan memastikan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum.

“Selain itu, ia juga untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya mengenai aspek keselamatan dan tanggungjawab semasa menggunakan jalan raya,” katanya.

Tambahnya, JPJ Johor akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif dalam mengurangkan kadar pelanggaran undang-undang serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast