Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kerayong, Jalan Cheras di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam pukul 5.13 petang.

Menurutnya, sepasukan polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pasukan perubatan kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai berusia bawah 30 tahun. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat lemas dalam tempoh antara dua hingga tiga hari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, pemeriksaan fizikal yang dijalankan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagaimanapun tidak menemukan sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast