Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar selepas menyerahkan kit pilihan raya pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 17 MEI 2026. (Gambar fail)

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, malam esok.

Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada 8 malam.

“Pelancaran jentera PRN PH Johor. ‘We are ready’ (Kami sudah bersedia),” menurut hantaran itu.

Timbalan Pengerusi PH yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu juga dijangka hadir pada pelancaran itu.

Sebelum ini, PH Johor mengumumkan bakal bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Pada PRN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.  – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast