Muhammad Faezuddin Puad.

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan malam ini didakwa berpunca daripada langkah UMNO negeri itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, tindakan UMNO itu mengakibatkan ketidakstabilan politik hingga DUN dibubarkan.

“Rakyat boleh menilai daripada peristiwa ini dan apa yang telah berlaku di Johor,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa esok selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memperkenankan pembubaran tersebut sekitar pukul 8.30 malam tadi.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media khas di kediaman rasminya di Seremban pada pukul 11.30 malam ini selepas menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap.

Terdahulu DUN Johor dibubarkan pada Isnin lalu bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast