KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) mengumumkan pelantikan Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.
Jurulatih berusia 45 yang juga merupakan legenda Hijau Kuning itu kini telah bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam usaha membina sebuah pasukan yang kompetitif, berdaya saing dan menjadi kebanggaan rakyat Kedah.
“Kepulangan beliau mampu membawa nafas baharu kepada pasukan, di samping membantu merealisasikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka oleh KFA.
“KFA juga berharap seluruh penyokong Hijau Kuning akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan serta barisan kejurulatihan dalam mengharungi saingan musim baharu nanti,” kata KFA dalam satu hantaran di media sosial miliknya di sini hari ini.
Akmal yang juga bekas jurulatih Penanf FC dilantik menggantikan E. Elavarasan untuk mengendalikan skuad Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim lalu.
Sementara itu, KFA turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas jurulatih, Victor Andrag kerana membimbing Kedah FA mengakhiri kempen Liga A1 musim 2025/26 di tempat ketiga.
Victor dilaporkan antara beberapa jurulatih dalam radar Penang FC sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2026/27 di mana turut berada dalam senarai Harimau Kumbang ialah Nidzam Jamil dan Tan Cheng Hoe. – MalaysiaGazette
















