Hasbie Muda. Foto MOHD ADZLAN, 03 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda menyifatkan Pas terlalu terdesak sehingga terpaksa menipu apabila mengumumkan Dr Rosli Yaakob yang menyertai parti itu semalam sebagai bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan.

Sedangkan, menurut beliau, bekas Pengerusi Amanah Negeri Sembilan hanya seorang iaitu Allahyarham Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Sementara itu, ujarnya, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan pada masa ini pula ialah Datuk MK Ibrahim.

“Nampaknya PAS terlalu terdesak sehingga terpaksa menipu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada program Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di Markas PAS Seremban malam tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Rosli antara 15 tokoh yang menyertai Pas.

Pemimpin lain termasuk Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim; bekas Exco Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Malek serta bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast