Logo Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi RM65.9 bilion pada tahun 2025, peningkatan sebanyak 41.2 peratus berbanding RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, jumlah pendapatan  diperoleh oleh syarikat asing yang beroperasi di Malaysia berjumlah RM98.2 bilion, sedikit rendah berbanding RM100.6 bilion pada tahun 2024 didorong oleh pulangan daripada ekuiti & dana pelaburan saham bernilai RM93.7 bilion.

Manakala pendapatan faedah pula mencatatkan baki sebanyak RM4.5 bilion.

Dari segi pelaburan terkumpul, kedudukan FDI mencapai jumlah kepada RM1,087.9 bilion pada akhir tahun 2025 berbanding RM993.9 billion pada tahun sebelumnya.

Kedudukan ini didorong oleh ekuiti & dana pelaburan saham yang bernilai RM918.9 bilion pada akhir tahun 2025 (2024: RM831.8 bilion).

Sebaliknya, instrumen hutang menyumbang baki kedudukan sebanyak RM169.0 bilion.

Aliran FDI dalam bentuk ekuiti dan dana pelaburan saham mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi berjumlah RM49.6 bilion, peningkatan daripada RM26.8 bilion pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, instrumen hutang merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM16.4 bilion, menurun daripada RM19.9 bilion pada tahun sebelumya.

Dari segi sektor, perkhidmatan menyumbang aliran masuk FDI tertinggi berjumlah RM59.5 bilion dan kedudukan pada RM596.7 billion, sebaliknya, sektor pembuatan menjana pendapatan FDI terbesar dengan nilai RM55.5 bilion, diikuti oleh perkhidmatan.

Jabatan itu menambah, aliran FDI pada tahun 2025 terutamanya adalah dari rantau Asia yang berjumlah RM73.2 bilion, dengan Singapura dan Hong Kong merupakan negara sumber utama.

Sementara itu, pelabur dari rantau Amerika muncul sebagai penerima utama dari segi pendapatan FDI dengan nilai RM45.6 bilion mengatasi Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast