Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

MUAR – Pas mahu memandang ke hadapan dan tidak mahu memanjangkan lagi isu pembahagian kerusi antara Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan UMNO untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang lebih penting adalah terus bergerak ke hadapan.

“Jadi, saya rasa yang itu saya tidak akan panjangkan kerana apa yang penting sekarang inilah how do we move forward from today. Itu yang lebih penting kerana cabaran yang ada lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengisytiharan Calon Pas Yang Mewakili Perikatan Nasional Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Laman Muafakat di sini malam tadi.

Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di Johor Bahru semalam beberapa kali ditangguhkan dipercayai kerana tiada persetujuan berkenaan jumlah agihan kerusi.

Wawasan pula dikatakan mahu bertanding empat kerusi menggunakan logo BN manakala Pas pula memohon satu kerusi.

Bagaimanapun Wawasan semalam mengumumkan mereka tidak bertanding dalam PRN Johor.

Ditanya sama ada perbincangan tersebut disifatkan gagal, Samsuri menafikan dakwaan berkenaan dan perkara seperti itu adalah biasa dalam politik.

“Jadi, apa juga boleh berlaku dalam politik. Tidak ada istilah gagal dalam politik. Apa yang setengah pihak melihat gagal, mungkin sebenarnya ada kebaikan.

“Di sebaliknya, tak mungkin akan mencipta sesuatu perkara yang lebih baik pada masa hadapan. Jadi, tidak ada istilah gagal dalam politik,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.