Calon PN N.24 Senggarang, Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor. Foto FAREEZ FADZIL, 25 JUN 2026.

BATU PAHAT – Masalah capaian internet yang lemah sangat lemah, isu banjir dan kesesakan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian khusus di Senggarang.

Calon kerusi Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Datuk Rashid Hasnon berazam untuk menyelesaikan masalah tersebut jika menang di kawasan tersebut.

“Usaha meningkatkan lagi internet menjadi lebih baik agar dapat digunakan anak muda untuk meningkatkan kelancaran mereka dalam melakukan pelbagai aktiviti ekonomi.

“Begitu juga masalah banjir yang sehingga kini masih menghantui sebahagian penduduk di Senggarang termasuk masalah fenomena air pasang besar,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata demikian ketika ditemui pemberita hari ini.

Rashid pernah menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat bermula 2018 hingga 2022.

Menjadi calon mewakili PN bagi Senggarang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, beliau mahukan semua peringkat usia tidak tercicir dalam pembangunan di Senggarang nanti.

“Perhatian tidak akan tertumpu kepada satu-satu golongan sahaja. Setiap aspek perancangan dilakukan akan memastikan semua peringkat usia sama ada belia hingga warga emas tanpa mengira bangsa dan agama menerima manfaatnya.

“Untuk membantu kelancaran anak muda berulang mencari ke bandar Batu Pahat, masalah kesesakan antara Penggaram dan Senggarang yang tidak berkesudahan perlu diatasi,” katanya.

Menurutnya, beliau bertuah kerana orang Senggarang masih kenal dengannya terutama selepas menjadi ahli Parlimen selama sepenggal.

“Selama lima tahun saya dan mereka pernah bersama-sama dalam susah dan senang,” katanya dan menganggap hubungan tersebut satu kelebihan.

Keadaan itu, kata beliau, menjadikannya mampu menjadi calon yang serba boleh dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

“Sejujurnya ramai masyarakat di Senggarang yang masih mengenali dan mengetahui cara saya bekerja sebelum ini malah saya sentiasa sahaja bersama-sama mereka dalam perjawatan disandang dalam parti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast