Gambar hiasan. Foto MALAYSIAGAZETTE.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM300 terhadap seorang suri rumah didenda RM300 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pembelian secara dalam talian.

Tertuduh, Intan Norhasyimah Mat Hashim, 29, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik seorang wanita berjumlah RM200 ke dalam akaun bank miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kediaman di Jalan Mutiara 7, Taman Perindustrian Plentong, Masai pada 16 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast